sahabat dan kawan jauh bezanya

 27.10.2021 9.40 A.M

Hari pertama selepas cuti panjang dengan macam macam jadi.Nak buat kerja pun malas.situasi ni penah aku lalui masa kat JKR dulu .sama ada aku yang terlalu sensitf atau sebaliknya...hari ni perasaan tu datang lagi..Nak buat kerja pun tak senang.Rasa macam nak menangis tapi itula realiti kehidupan. Kadang orang yang kita anggap sahabat rupanya hanyala seorang kawan.Ramai aku jumpa cmtu.No wonder la byk je pepatah dan perumpaan orang buat.kat luar.nampk macam happy tapi kat dalam hati hanya tuhan je yang tahu.Kadang kita nak sorok rasa sedih tu bagi orang nampak kita ok je tapi bila terlalu lama dan terlalu dalam kita sorok akhirnya slow2 dia akan nampak juga.dan akhirnya memakan diri.aku kalo boleh tak nak sedih sebab rasanya dah cukup matang dalam menilai tapi kadang kadang rebah juga.normal perasaan tu..xsalah pun.that why apa2 aku luah kt blog ni bagi rasa tenang cket..


nak selit juga la apa yang jadi sepanjang 2 minggu ni..elok kata dah boleh rentas negeri aku org pertama la yg sampai kampung.antara adik beradik lain..selasa 12.10 dah balik kg.cuti seminggu.seronok.hari2 ada je aktiviti.balik melaka 19.10. esoknya 20.10 pegi hantar hadi daftar sekolah baru dia.alhamdulillah dipermudahkan untuk hari itu.tapi sampai sekarang mood dia nak ke sekolah tu masih belum ada..xtau nak pujuk cmner lagi..harap bila adiknya hafidh dah mula sekolah dia pun excited nak gi sekolah juga..lagi sikit hari je lagi nak kembali ke rutin asal.rutin yang kelam kabut dan tak penah nak berubah..hihi..Moga moga Allah mudahkan

18.10  jalan jalan kat muzium baru.sehari seblm balik melaka
18.10 lepas gi muzium gi air terjun bukit besi plak..mandi sakan time ni

16.10 ziarah abang ipar kat durian mas.sekali ipar duai buat surpirse anniversary plak..mmg terharu sgt..anniversary yg ke 12. husband krik krik je..


15.10 mandi kat pantai kemasik.pastu sambung jalan plak kt mesra mall


14.10 pegi kt dataran batu putih..konon konon tempat menjual ala zaman dulu dulu la.masa pegi baru 1 kedai je bukak sbb baru kol 2.panas gedegang..last2 minum air je dan tumpang solat kat situ.

13.10 jalan2 kt kuala trg..benti kt dataran pasar payang.konon nak ambil draw brdge..ada gmbr cantik cket tpi kt phone husband plak

12.10 sempat singgah pantai teluk mak nik sblm smpai umah mak..makan tghari kt situ

keduanya.balik dftr sekolah,aku continue keja cm biasa.pi audit..itula,Allah dah atur yang terbaik untuk kita. petang lepas balik audit.dlm kol 4 cmtu,rumah plak naik air utk ke 3 kalinya tahun ni..kali ni sekejap plak naik..aku pun mcm xsmpt nk selamatkan byk benda.walau dah kali ke 3 hadap banjir,masih lupa nk selamatkan brg2 penting..kali ni pc dan laptop aku tak berjaya selamat...carpet buruk plak yang aku beria selamatkan..padahal yg tu boleh je beli baru..agak ralat juga kali ni..tapi yang lain alhamdulillah masih berfungsi..mesin basuh,peti ais..cuma kali ni penat cket sbb baju almost berendam lumpur.pinggan mangkuk forsure kena cuci juga..so bermula kejadian ni la ,aku baru nampak siapa sahabat siapa kawan...orang yang sama datang tolong masa first banjir hr tu dan beberpaa org yg bertanya khabar dan beri sumbangan..yang ni mmg aku anggap sahabat.. contoh masa first banjir hr tu,org yg aku xbrape rapat siap bagi toto,rice cooker ngan tilam kt umh aku..kawan yang aku anggap sahabt hanya mampu bertanya kabar dan berlalu pergi je..sama juga kali ke tiga banjir ni...langsung xtny kabar..tapi dia ada dtg umh tgk kejap tp time tu aku xde..jgn kata nk tlg,sumbangan pun xde.datang menjengah dan berlalu pergi.bukan berharap pun tapi selaku kawan yg dh lama kenal,yg bergosip dan meluah rasa,aku rasa agak terkilan.. tapi husnudzon je la..mungkin style dia cmtu..tapi hari ni aku terkilan lagi sekali sebab sepatutnya aku keluar audit hari ni . kononnya nak balik awal,tup tup dia cantas nak pergi juga..aku ingt bertiga je rupanya berempat plak..buat apa nak ramai kan..so,aku mengalah..korang pegi la nak pegi pun..yg pasti kawan tu ptg ni dia pun kena join meeting,confirm tak masuk..tapi dia kena ingat,aku raja segala mengelak ni..kalo aku xnak masuk,mmg aku xmasuk..hihi..lantak la..sedih bila time kerja,time makan2 kt ofis,aku mcm selalu dipinggirkan.mungkin sbb gred aku tinggi cket diorg jadi segan... sblm ni pun sama bila aku tgk report bdr dan thumb print semua ada tapi aku punya xde plak..xtau la diorg print masing masing atau ada yg tukang print..kalo ada yg tukang print,mmg kecik hati la..kenapa tak print utk aku skali...huhu..

20.10: audit kt gadek.elok waktu perjalanan balik hujan dah start lebat.

view dlm kol 6...air dah paras dada

21.10 : selepas air surut..mmg mcm dilanggar garuda gayanya



hari kelima slps banjir.25.10..masih buat operasi bersih baju dulu sbb baju byk basah.kalo lama lama mmg bau kepam la

view hari ke empat lps banir 24.10..jiran jiran semua dah start pindah


hari 6 26.10 slps banjir.dh tinggal cikit2 je lagi



tapi begitula dunia..dia tidaklah seindah yang kita harapkan dan impikan.kadang ada masa kita akan rasa sedih dan terabai,ada masa kita rasa disayangi dan dihargai...syukur dan gembira sedanya.. sekarang ni nak fokus dengan kehidupan sendiri je tak kisah apa orang nak fikir dan kata sebab mereka semua hanya mampu melihat tetapi yang melalui dan merasainya adalah aku sendiri..


ok lega banyak lepas dah luah.boleh sambung kerja mcam biasa.. love yourself more than others...

Comments

Popular Posts