Dalam hidup kita ,kita ada 3 hari je
22.6.2023 @11.02 a.m
Masih belum settle lagi masalah hati hari ni.Baru 3 hari lepas aku dah listkan apa yg perlu aku buat,apa yg membelenggu dia rasa puas sekejap je..skrg ni masih ada yg membelenggu. Ikut 8 list yg lepas,satu je yg settle..minit meeting.. sekarang ni hati tak keruan memikirkan perjalanan kes esok..Selagi tak lepas beban yang ni,rasa xbest.. Biasala setiap kali buat benda yang jarang buat,nervous tu dia datang menjengah berhari2 sebelum hari kejadian.. Adeh,xsuka betul feeling ni..Macam feeling ko nak kena interview kerja,kena bagi ceramah kat depan,kena attend meeting dan kena bersuara,macam tu la lebih kurang.Esok nak kena mention kes saman jabatan. Kalo boleh nak duduk tepi je tapi bila kena jadi P.O ni,aura takut tu confirm datang.Risau terlebih..suara mesti ketar2 sbb nervous.. Ciri ciri introvert cmtu la..lagpun,aku ni mmg style tak suka bertanya,jarang sekali kena bersuara,jadi suara auto bergetar.. hari tu penah skali masa meeting,bos aku minta aku bg pendapat..masa aku kuar suara,obvious dlm keadaan nervous..padahal meeting dalaman je..yg lain boleh gelak2 je dlm meeting tu tp aku punya shaking,tuhan je yang tahu..kenapa ek..perasaan tu normal tapi cara kita handle je yg membezakan.ada orang rileks je bila nk bersuara..Perangai cmni tak sesuai kalo kita dah jadi leader seksok sbb nak bg arahan dan nk bg org dgr arahan kita bukan senang..cmtu la gayanya.. kena tegas dalam masa sama,kena pandai ambil hati. Gaya cakap tak leh tengking tengking..kena rilek2 je.. Ya Allah,permudahkan urusan aku esok./Janganla Majistret tu tanya bukan bukan.. Kalo ikutkan dah kali ke barapa aku mention kes ni. Sepatutnya dah boleh steady.. Tapi biasala,sekali sekala mmg kena layan jugak perasaan ni.. Bila sebut pasal nervous dan feeling tak best ni,semalam anak aku pun mengalami benda sama. Kena panic attack masa kat sekolah. Tapi dia mmg obvius dah ada anxiety.. Tak tahu la kehidupan dia akan datang.Aku doa moga ada keajaiban buat dia. Anxiety dia tu sembuh dan dia dapat jalani kehidupan normal macam orang lain. Bila ada anxiety ni,banyak menggangu kehidupan harian dia.. huhu..dia tak dapat nak rasa nikmat gembira,nikmat seronok,nikmat bahagia tu. Sama macam adik ipar aku yg sorang tu la.. Allah pilih mereka. Ada hikmah lain insya Allah.
Kadang kalo kita terlalu memikirkan masa depan pun boleh jadi stress juga.. Laluila dan nikmati la apa yang sedang anda lalui skrg. Kadang banyak kata kata motivasi berkait ni tapi bila nak tulis tak jumpa plak.. Kena scroll tiktok,ig atau fb balik baru ingat..Hihi.. tak jumpa ayat best. Sebab niat nak tulis hari ni nak bg kata kata semangat je pada diri.. emmm..hal hal lain malas plak nak pikir lagi..
https://www.facebook.com/watch/?v=2296544297308309
Dalam hidup kita ,kita ada 3 hari je iaitu
Hari semalam yang kita tak boleh ulang walau sesaat
Hari esok yang kita tunggu tapi belum tentu kita akan sampai
Dan Kita hanya ada hari ini untuk kita betulkan hari semalam dan buat bekal untuk hari esok
Deep!!!!!!
Moral of the story,
Jadikan hari ini adalah hari yang seronok dan happy happy je
Moga semua orang terdekat dalam hidupku dapat nikmat sihat,gembira,bahagia hari ni dan selama lamanya....
Comments
Post a Comment